Rawatan tempurung lutut terkehel (patellar dislocation)
Tulang tempurung lutut (patella or knee cap) adalah tulang yang berada di hadapan lutut kita, berfungsi menghubungkan urat (tendon) otot peha hadapan (quadriceps muscle) dengan tulang keting (shinbone) seterusnya menambahkan kekuatan otot quadriceps tersebut untuk meluruskan sendi lutut.
Kejadian terkehel tempurung lutut (gambar kanan) jarang berlaku, namun jika ianya terjadi, biasanya adalah akibat rempuhan kuat pada sisi tulang tempurung, akibat terjatuh dalam keadaan lutut terlipat, terpusing lutut dalam keadaan kaki terjejak kuat pada tanah, ataupun dalam keadaan di mana tisu penyokong tulang tempurung (dipanggil medial patello-femoral ligament atau MPFL) terkoyak akibat trauma. Perempuan lebih cenderung mendapat keadaan ini berbanding lelaki, disebabkan tisu ligamen mereka yang lebih lembut berbanding lelaki.
Kesan jangka panjang terkehel tempurung ini adalah kerosakan pada permukaan rawan pada tempurung lutut yang boleh membawa kepada proses 'arthrosis' (kerosakan sendi yang kronik) jika tidak dirawat dengan segera.
Terdapat juga keadaan di mana tempurung lutut cuma terlencong dari laluan asalnya (mal-tracking / subluxation) dan tidak terkehel sepenuhnya. Keadaan ini tidak begitu serius tetapi perlu dikenalpasti supaya rawatan dapat diberikan dengan sewajarnya.
Apabila pesakit menghidap masalah ketidakstabilan tempurung lutut di atas (sama ada cuma terlencong atau terkehel sepenuhnya), biasanya penghidap merasa sakit di bahagian hadapan lutut sewaktu bangun dari posisi merangkak atau mencangkung (contohnya selepas menggunakan tandas cangkung); menaiki atau menuruni bukit atau tangga; dan sewaktu melompat. Bagi yang terkehel tempurungnya pula akan mendapat bengkak dan sakit yang mendadak pada bahagian hadapan lutut, tempurungnya dilihat berada di sebelah tepi lutut dan bukan di tengah-tengah seperti yang sepatutnya, lebam di bahagian dalam tulang tempurung, dan setelah beberapa lama akan mendapati dirinya merasa gusar yang tempurungnya akan terkehel berulang-kali (apprehensive).
Sewaktu pemeriksaan fizikal, pesakit akan berasa sakit di belakang tempurung lutut terutamanya apabila tempurung tersebut ditekan ke tulang peha, tempurung lututnya juga tidak stabil dan mudah dialihkan ke arah tepi lutut (patellar shift), dan pesakit juga akan memberi reaksi positif terhadap 'Ujian aprehensi tempurung lutut' (patellar apprehension test positive) - gambar kiri.
Pemeriksaan sewaktu di dalam bius pula akan menunjukkan yang tempurung lutut tersebut akan terus terkehel apabila ditolak ke tepi (gambar kiri).
Bagaimanakah doktor boleh membantu pesakit yang mengalami masalah ketidakstabilan tempurung lutut ini?
Langkah pertama adalah mendapatkan diagnosa tepat dan mengenalpasti sama ada masalah pada pesakit cuma terlencong atau terkehel sepenuhnya. Doktor akan menanyakan sejarah gejala pesakit dan memeriksa lutut pesakit tersebut bagi membezakan dua masalah ini.
Rawatan dimulakan dengan menguatkan otot sebelah dalam tempurung lutut (otot VMO), memberikan ubat penahan sakit dan menyarankan pesakit mengelakkan aktiviti yang menyebabkan kesakitan atau gejala tertentu. Pesakit juga akan disarankan agar mengenakan sejenis pendakap tempurung lutut (patellar brace) bagi memberikan sokongan tambahan kepada tisu sekeliling tempurung yang lemah atau terkoyak.
Pesakit akan menjalani rawatan fisioterapi berkala selama 6 minggu dan selepas itu, jika masih mengalami ketidakstabilan atau sakitnya semakin melarat atau aktiviti rutin pesakit terjejas, maka pesakit akan dicadangkan menjalani pemeriksaan arthroskopik di mana tisu penyokong tempurung lutut dan keadaan rawan pada belakang tempurung diperiksa secara langsung menggunakan sejenis kamera arthroskopik khas (gambar). Rawan yang rosak akan dirawat secara terus dan tisu yang ketat akan dipotong menggunakan alat khas bagi melonggarkannya. Bagi pesakit yang terkehel tempurung lututnya, sejenis prosedur dipanggil 'medial patello-femoral ligament (MPFL) reconstruction' akan dijalankan di mana doktor akan mengambil tisu penderma (donor tissue), selalunya urat hamstring pesakit dan akan menggunakan urat ini bagi menggantikan urat MPFL yang terkoyak di sisi dalam tempurung lutut pesakit itu (gambar).
Proses rehabilitasi selepas pembedahan akan mengambil masa 3-6 bulan. Fisioterapi akan tertumpu kepada menguatkan otot bahagian hadapan peha serta memastikan bahawa sendi lutut tidak mengetat (stiffness) dan menyebabkan aktiviti harian pesakit terganggu.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi doktor anda atau berhubung terus dengan penulis melalui blog ini.
Kesan jangka panjang terkehel tempurung ini adalah kerosakan pada permukaan rawan pada tempurung lutut yang boleh membawa kepada proses 'arthrosis' (kerosakan sendi yang kronik) jika tidak dirawat dengan segera.
Terdapat juga keadaan di mana tempurung lutut cuma terlencong dari laluan asalnya (mal-tracking / subluxation) dan tidak terkehel sepenuhnya. Keadaan ini tidak begitu serius tetapi perlu dikenalpasti supaya rawatan dapat diberikan dengan sewajarnya.
Apabila pesakit menghidap masalah ketidakstabilan tempurung lutut di atas (sama ada cuma terlencong atau terkehel sepenuhnya), biasanya penghidap merasa sakit di bahagian hadapan lutut sewaktu bangun dari posisi merangkak atau mencangkung (contohnya selepas menggunakan tandas cangkung); menaiki atau menuruni bukit atau tangga; dan sewaktu melompat. Bagi yang terkehel tempurungnya pula akan mendapat bengkak dan sakit yang mendadak pada bahagian hadapan lutut, tempurungnya dilihat berada di sebelah tepi lutut dan bukan di tengah-tengah seperti yang sepatutnya, lebam di bahagian dalam tulang tempurung, dan setelah beberapa lama akan mendapati dirinya merasa gusar yang tempurungnya akan terkehel berulang-kali (apprehensive).
Pemeriksaan sewaktu di dalam bius pula akan menunjukkan yang tempurung lutut tersebut akan terus terkehel apabila ditolak ke tepi (gambar kiri).
Bagaimanakah doktor boleh membantu pesakit yang mengalami masalah ketidakstabilan tempurung lutut ini?
Langkah pertama adalah mendapatkan diagnosa tepat dan mengenalpasti sama ada masalah pada pesakit cuma terlencong atau terkehel sepenuhnya. Doktor akan menanyakan sejarah gejala pesakit dan memeriksa lutut pesakit tersebut bagi membezakan dua masalah ini.
Rawatan dimulakan dengan menguatkan otot sebelah dalam tempurung lutut (otot VMO), memberikan ubat penahan sakit dan menyarankan pesakit mengelakkan aktiviti yang menyebabkan kesakitan atau gejala tertentu. Pesakit juga akan disarankan agar mengenakan sejenis pendakap tempurung lutut (patellar brace) bagi memberikan sokongan tambahan kepada tisu sekeliling tempurung yang lemah atau terkoyak.
Pesakit akan menjalani rawatan fisioterapi berkala selama 6 minggu dan selepas itu, jika masih mengalami ketidakstabilan atau sakitnya semakin melarat atau aktiviti rutin pesakit terjejas, maka pesakit akan dicadangkan menjalani pemeriksaan arthroskopik di mana tisu penyokong tempurung lutut dan keadaan rawan pada belakang tempurung diperiksa secara langsung menggunakan sejenis kamera arthroskopik khas (gambar). Rawan yang rosak akan dirawat secara terus dan tisu yang ketat akan dipotong menggunakan alat khas bagi melonggarkannya. Bagi pesakit yang terkehel tempurung lututnya, sejenis prosedur dipanggil 'medial patello-femoral ligament (MPFL) reconstruction' akan dijalankan di mana doktor akan mengambil tisu penderma (donor tissue), selalunya urat hamstring pesakit dan akan menggunakan urat ini bagi menggantikan urat MPFL yang terkoyak di sisi dalam tempurung lutut pesakit itu (gambar).
Proses rehabilitasi selepas pembedahan akan mengambil masa 3-6 bulan. Fisioterapi akan tertumpu kepada menguatkan otot bahagian hadapan peha serta memastikan bahawa sendi lutut tidak mengetat (stiffness) dan menyebabkan aktiviti harian pesakit terganggu.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi doktor anda atau berhubung terus dengan penulis melalui blog ini.
Saya mengalami sakit lutut ,akibat tulang lutut lari dan saya membuat urutan tradisional di bahagian lutut tersebut, setelah berapa minggu sakit pun hilang, masalahnya lutut saya tidak kuat lagi, terutama menaiki tangga dan berlari, saya terpaksa menaiki tangga dengan sebelah kaki (kanan) . sekarang saya sedang mencari rawatan tanpa pembedahan, saya harap tuan dapat menjawab persoalan ini .sekian terima kasih.
ReplyDeleteAsslmkm doctor niz
ReplyDeleteSy ada mslh knee cap
Lutut kiri sakit sgt bila naik tangga n turun
Aktiviti squad mmg sy x bole buat lgsg
Bole pm sy tak eiyan@gmail.com
saya menghadapi masalah ini dan lutut masih bengkak lagi,mcm mana nal hilangkan bengkak lutut ini
ReplyDeleteHaii. Saya munirah. Saya nak tanya, dari kecil saya selalu alami sakit dkt lutut. Dimana saya dpt rasakan tulang lutut saya bertemu dgn tulang kaki. Terus sakit. Bila benda tu dtg, saya tak boleh bergerak lansung. Saya rasa sakit sangat. Saya tk dpt tgk lutut saya keadaan dia mcm mana. Utk taknak bagi sakit, saya cuba perlahan lahan utk luruskan semula kaki saya drpd tulang tu bertemu. Kena perlahan lahan.sbb kalau saya terus luruskan kaki, sakit sgt. Jd saya perlahan lahan luruskan kaki sampai ada satu bunyi "pap" baru saya boleh gerakkan kaki seperti biasa. Boleh saya tau sakit apa tu? Knee dislocation ke? Masa kecil selalu sgt kena. Lepas masa zaman remaja saya jrg sekali. Sejak dh masuk 20 an ni sakit ni selalu serang balik. Saya risau sbb setiap kali benda ni dtg, sakit dia serang sampai kepala. Kepala saya akn berbintang speeri mahu pengsan dan saya dpt rasakan tulang lutut saya sedang luka didalam sbb tulang bertemu tulang kan. Siapa tahu. Nak kata saya salah ddk, saya ddk seperti biasa bersila je. Xdalah over nk bersimpuh. Hrp blog dpt membantu terima kasihhhhh
ReplyDeleteTmpurung lutut sy akan lari bila sy terlalu penat bekerja. Bila tempurung lari, automtik kaki sy akan cramp dan kejang. Tuhan saja tahu sakitnya mcm mn... Sy akan meraung sekuatnya masa attck sbb terlalu sakit dan panic
ReplyDeleteSalam Tuan, maaf ingin bertanya. Ibu saya mempunyai sakit lutut di kaki kiri. Doktor kata ibu saya mengalami keradangan. Jika terjatuh dan kaki terlipat pada kaki kiri tersebut, apa yang saya perlu lakukan?
ReplyDeleteSaya nak rawat masalah lutut saya , sebelum tahun 2023 . Tolong contact 0182298213
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteI am grateful for the amazing post you have written for us.
ReplyDeleteRheumatoid Arthritis in Hindi रूमेटोइड आर्थराइटिस (Rheumatoid Arthritis) एक (auto-immune disease) ऑटोइम्यून बीमारी है जो आपके पूरे शरीर में जोड़ों के दर्द, सूजन और नुकसान का कारण बन सकती है। आम तौर पर इम्यून सिस्टम हमें कीटाणुओं से सुरक्षा देता है, पर रूमेटोइड आर्थराइटिस में हमारा इम्यून सिस्टम हमारे हेल्दी टिश्यू और जोड़ों को प्रभावित करता है।