Tuesday 24 January 2012




Tips Penjagaan Kaki 
(terutamanya bagi pesakit kencing manis)


Para pesakit kencing manis mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan kuman (yang kadangkala boleh menjadi serius dan mengancam nyawa), terutamanya ke atas anggota badan yang sering terdedah seperti kulit, tangan dan kaki.

Risiko jangkitan ini akan menjadi lebih tinggi sekiranya pesakit-pesakit tersebut mengalami keadaan kebas pada anggota terbabit akibat kencing manis yang tidak terkawal, lantas mendedahkan mereka kepada kecederaan kulit dan anggota yang tidak disedari dan seterusnya mengundang pelbagai bentuk jangkitan sekunder (secondary infection). Lebih menakutkan lagi apabila jangkitan tersebut merebak dan menyebabkan pesakit kehilangan anggota yang terlibat (amputasi, gambar).











Bagaimanakah cara untuk mengelakkan kecederaan dan seterusnya jangkitan pada kaki? Berikut adalah beberapa tips mudah bagi menjaga kaki kita daripada mendapat kecederaan tanpa kita sedari :

  1. Jagalah tahap gula dalam darah anda – ini sangat penting, kerana tahap kencing manis yang tinggi akan menjadikan jangkitan kuman sukar dikawal.
  2. Periksalah kaki anda setiap hari dan awas terhadap kewujudan lepuh-lepuh (blisters), luka (tidak kira berapa kecil saiznya), kemerahan pada kulit, dan tanda bengkak. Gunakan cermin bagi memeriksa kulit pada tapak kaki dan kawasan lain yang terlindung.
  3. Gunakan kasut yang selesa dan sesuai sewaktu berjalan di luar, dan pakailah stokin yang bersih bagi menyerap kelembapan berlebihan pada kulit kaki di dalam kasut. Pakailah kasut yang lebar hujungnya (large toe-box, gambar) bagi mengelakkan jari kaki terkepit di dalam kasut yang akan mengurangkan aliran darah dan menambah risiko kecederaan pada jari kaki. Elakkan penggunaan selipar kerana bahagian kaki akan terdedah kepada benda-benda tajam yang mungkin mencederakan kulit kaki. Jangan berjalan 'kaki-ayam' di luar rumah.

     
    Kasut yang kurang sesuai dipakai (meskipun cantik pada pandangan mata) kerana ruang untuk jari kaki yang sempit


    Kasut ini lebih sesuai kerana ruang jari kaki yang luas dan selesa


  4. Basuhlah kaki setiap hari dengan air yang bersih (!!! jangan gunakan air panas) dan laplah kaki sehingga kering selepas dibasuh. Elakkan dari menggunakan sabuh atau pencuci yang bersifat menghakis (corrosive) kerana ianya akan melukakan kulit kaki. Jangan lupa mengeringkan kulit di antara jari kaki yang mungkin mengundang jangkitan kulat sekiranya dibiarkan lembap selepas dicuci.
  5. Sapulah losyen pada kulit kaki bagi memelihara kelembapan dan mengelakkan rekahan (ini adalah bagi mereka yang mempunyai kulit yang sentiasa kering dan merekah).
  6. Potonglah kuku kaki dengan berhati-hati seminggu sekali dan jangan memotongnya terlalu pendek bagi mengelakkan kecederaan pada lapisan kulit berdekatan kuku. Mintalah pertolongan orang lain sekiranya penglihatan anda tidak begitu jelas. Gunakan pemotong kuku yang sesuai (nail-clippers) dan bukannya pisau bagi mengelakkan kecederaan pada kulit anda sewaktu kuku dipotong.
  7. Elakkan berjalan di kawasan yang terlalu panas (contohnya di kawasan pantai) atau terlalu sejuk (contohnya lantai simen yang sejuk) tanpa alas kaki yang sesuai.
  8. Amalkan senaman regangan kaki dan jari selalu terutama sewaktu berehat di rumah. Ini bagi menggalakkan aliran darah yang lebih berkesan ke anggota-anggota tersebut.
  9. Pergilah berjumpa doktor anda dan jalanilah pemeriksaan kaki secara berkala dengan doktor anda. 

    ** Nota kaki :-

    Untuk mempelajari turutan memotong kuku menurut sunnah Rasulullah SAW - sila ikut panduan rajah ini.


Wednesday 18 January 2012



Shoulder dislocation



A shoulder dislocation may occur as a result of a fall onto an outstretched hand, direct trauma or blow to the shoulder, violent tugging of the arm, electrocution or epileptic fits or secondary to excessive ligamentous laxity of the body. The commonest direction for the dislocation is anterior (where the humeral head comes out to the front of its socket).

Anterior shoulder dislocation is quite common especially in the young and active, and has a high incidence of recurrence (when a dislocation occurs repeatedly it is called instability) - the younger the age of the dislocators, the higher the rate of recurrence. Patients within the age of 20-30 years old has a 80-90% chance of getting repeated episodes of dislocation in the same shoulder.




X-ray of the right shoulder showing a normal shoulder (left) and a dislocated shoulder (below).




























Anatomy. The shoulder joint, right picture (medically termed the glenohumeral joint) is essentially an articulation between the humerus (arm bone) and the glenoid (part of the shoulder blade). The size of the humeral articular surface (bigger and rounded in shape) is disproportionate to the size of the smaller and flatter glenoid surface. Without the supporting soft tissues (namely the ligaments and muscles), the shoulder is inherently unstable, just like a golf ball on a tee, (lower left picture). Another stabilizing structure is the labrum, which deepens the glenoid surface (lower right picture).












So why don't we dislocate our shoulder every now and then? It is because of the supporting structures - the ligaments and the muscles that envelope and maintain the humeral head within the glenoid cup which is further deepened by the labrum. When a person dislocates his shoulder, these structures are usually damaged or torn.

Management is initiated by taking a full history, examining the affected shoulder and upper limb (anterior dislocation may injure the axillary nerve which supplies the deltoid muscle - which functions to raise the arm above the shoulder and supplies the sensation at the middle of the shoulder (the so-called 'regimental badge' area), and performing certain maneuvers to reduce the shoulder back into its socket. Reduction must be done as soon as possible as dislocations will distort the blood supply to the humeral head and may cause long-term problems to the patient. Once reduced, the shoulder will be supported in a sling (picture) for 2-4 weeks after which physical therapy will be initiated. The aim of physiotherapy is to strengthen the muscles around the shoulder and to gain back the normal motion in the affected shoulder.

Most patients respond well to conservative treatment. However, patients with persistent instability (either having repeated dislocations or being apprehensive that the shoulder might 'pop-out' during routine activities or those experiencing pain during certain 'vulnerable' positions) may need to undergo surgery to stabilize the shoulder.

For further information, please consult your doctor.

Monday 16 January 2012



Rawatan tempurung lutut terkehel (patellar dislocation) 

   Tulang tempurung lutut (patella or knee cap) adalah tulang yang berada di hadapan lutut kita, berfungsi menghubungkan urat (tendon) otot peha hadapan (quadriceps muscle) dengan tulang keting (shinbone) seterusnya menambahkan kekuatan otot quadriceps tersebut untuk meluruskan sendi lutut.

    Kejadian terkehel tempurung lutut (gambar kanan) jarang berlaku, namun jika ianya terjadi, biasanya adalah akibat rempuhan kuat pada sisi tulang tempurung, akibat terjatuh dalam keadaan lutut terlipat, terpusing lutut dalam keadaan kaki terjejak kuat pada tanah, ataupun dalam keadaan di mana tisu penyokong tulang tempurung (dipanggil medial patello-femoral ligament atau MPFL) terkoyak akibat trauma. Perempuan lebih cenderung mendapat keadaan ini berbanding lelaki, disebabkan tisu ligamen mereka yang lebih lembut berbanding lelaki.

    Kesan jangka panjang terkehel tempurung ini adalah kerosakan pada permukaan rawan pada tempurung lutut yang boleh membawa kepada proses 'arthrosis' (kerosakan sendi yang kronik) jika tidak dirawat dengan segera.

   Terdapat juga keadaan di mana tempurung lutut cuma terlencong dari laluan asalnya (mal-tracking / subluxation) dan tidak terkehel sepenuhnya. Keadaan ini tidak begitu serius tetapi perlu dikenalpasti supaya rawatan dapat diberikan dengan sewajarnya. 

    Apabila pesakit menghidap masalah ketidakstabilan tempurung lutut di atas (sama ada cuma terlencong atau terkehel sepenuhnya), biasanya penghidap merasa sakit di bahagian hadapan lutut sewaktu bangun dari posisi merangkak atau mencangkung (contohnya selepas menggunakan tandas cangkung); menaiki atau menuruni bukit atau tangga; dan sewaktu melompat. Bagi yang terkehel tempurungnya pula akan mendapat bengkak dan sakit yang mendadak pada bahagian hadapan lutut, tempurungnya dilihat berada di sebelah tepi lutut dan bukan di tengah-tengah seperti yang sepatutnya, lebam di bahagian dalam tulang tempurung, dan setelah beberapa lama akan mendapati dirinya merasa gusar yang tempurungnya akan terkehel berulang-kali (apprehensive). 

   Sewaktu pemeriksaan fizikal, pesakit akan berasa sakit di belakang tempurung lutut terutamanya apabila tempurung tersebut  ditekan ke tulang peha, tempurung lututnya juga tidak stabil dan mudah dialihkan ke arah tepi lutut (patellar shift), dan pesakit juga akan memberi reaksi positif terhadap 'Ujian aprehensi tempurung lutut' (patellar apprehension test positive) - gambar kiri. 





Pemeriksaan sewaktu di dalam bius pula akan menunjukkan yang tempurung lutut tersebut akan terus terkehel apabila ditolak ke tepi (gambar kiri).

  






Bagaimanakah doktor boleh membantu pesakit yang mengalami masalah ketidakstabilan tempurung lutut ini?

Langkah pertama adalah mendapatkan diagnosa tepat dan mengenalpasti sama ada masalah pada pesakit cuma terlencong atau terkehel sepenuhnya. Doktor akan menanyakan sejarah gejala pesakit dan memeriksa lutut pesakit tersebut bagi membezakan dua masalah ini.

Rawatan dimulakan dengan menguatkan otot sebelah dalam tempurung lutut (otot VMO), memberikan ubat penahan sakit dan menyarankan pesakit mengelakkan aktiviti yang menyebabkan kesakitan atau gejala tertentu. Pesakit juga akan disarankan agar mengenakan sejenis pendakap tempurung lutut (patellar brace) bagi memberikan sokongan tambahan kepada tisu sekeliling tempurung yang lemah atau terkoyak. 

Pesakit akan menjalani rawatan fisioterapi berkala selama 6 minggu dan selepas itu, jika masih mengalami ketidakstabilan atau sakitnya semakin melarat atau aktiviti rutin pesakit terjejas, maka pesakit akan dicadangkan menjalani pemeriksaan arthroskopik di mana tisu penyokong tempurung lutut dan keadaan rawan pada belakang tempurung diperiksa secara langsung menggunakan sejenis kamera arthroskopik khas (gambar). Rawan yang rosak akan dirawat secara terus dan tisu yang ketat akan dipotong menggunakan alat khas bagi melonggarkannya. Bagi pesakit yang terkehel tempurung lututnya, sejenis prosedur dipanggil 'medial patello-femoral ligament (MPFL) reconstruction' akan dijalankan di mana doktor akan mengambil tisu penderma (donor tissue), selalunya urat hamstring pesakit dan akan menggunakan urat ini bagi menggantikan urat MPFL yang terkoyak di sisi dalam tempurung lutut pesakit itu (gambar).

   Proses rehabilitasi selepas pembedahan akan mengambil masa 3-6 bulan. Fisioterapi akan tertumpu kepada menguatkan otot bahagian hadapan peha serta memastikan bahawa sendi lutut tidak mengetat (stiffness) dan menyebabkan aktiviti harian pesakit terganggu.

  Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi doktor anda atau berhubung terus dengan penulis melalui blog ini.